BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 27, 2009

advent 12

Ngauman merentasi kesunyian malam sehingga memaksa aku untuk bangkit dari lena.
"pe yg bising2 ni?" rungut aku sambil menguap kemengantukan. Aku menuju ke tgkp (tp aku pelik, tgkp umah aku besar gile, macam umah org kaye lak) sambil melihat pemandangan (bandar maju gile, ala2 tokyo dan aku tau sama ada kl da maju camni). Depan aku, terdapat dua raksasa sedang mengamuk dan menhancurkan bandar.
"Ya Allah, pe makhluk ni?" aku terjerit.
Aku segera berlari menuju ke bawah, merencana sesuatu.
Mereka semakin galak memusnahkan apa yg ada. Tiba2, dinding rumah aku dipecahkan akibat dibaling sesuatu oleh makhluk berkenaan. Tiba2 aku teringat, adakah ini penghujung dunia di mana Yakjuj dan Makjuj muncul untuk melakukan kerosakan di muka bumi ini? Subhanallah..

Sunday, August 23, 2009

advent 10

Aku kat umah nenek aku kat Alor Star. Time tu malam, dlm lepas kul 10.30 pm, dan kebetulan umah tu meriah sgt2, mcm takde bende yg berlaku dan yg pelik skali, abah, pak njang, pak tih pun ade skali kat umah tu. Kelihatan kat luar umah, ade mcm2 jenis motor. Ala2 TZM pun ade gak tuh. Tetibe pak njang aku gitau aku, "hah, kalo nak bawak moto, amek kunci, gi la mana2 pun". Aku dah hepi melangit, dengan kat tag kunci tu ade logo SUZUKI. Aku dah suke, "pak njang nak bg aku gune Belang 150 ke ni?"
Last2, tak pun and yg pelik tahap metalcore tu, motor die pelik gile sampai bole ditakrifkan bukan jenis kelas B. Hak3
Care nak start, kene pulas enjin ngan rod, mcm nk start kete lame tuh, pastu kene sampai bacaan rotation sampai 3000. Kire mmg penat r nak stat moto tu. Pastu, da idop moto tu, bukan aku yg naek tp pak njang ngan pak tih aku.
Aku yg frust lari kejar di0rang tp ntha cmner aku ley lak ikut lorong mane di mana kat situ penuh ngan dak2 girls pakai baju putih sambil pegang lilin. "kat mana ni?" aku bertanya pada diri sendiri. Diorang seolah2 celebrating sesuatu, seperti ritual. Aku teruskan berlari. Jauh gile lorong tu ngan penuh ngan dak2 pompuan. Ase cam aku sorang je lelaki kat situ. Lari punye lari akhirnya lepas gak, and sampai lak kat satu tmpt. Cantik, sejuk. Itu yg aku gmbrkan.
Latar tmpt da mcm UIA sbb seni bine die cam islamic skit. Aku tgk byk brg2 yg display kt situ and aku lak gtl2 tgn gi amek and masuk dlm beg. Sampai kat ujung koridor tu, ade due exit, satu ke kaunter byrn selaku jln kuar ke tmpt laen and satu lg menuju ke Klinik Matematik(?). Pelik tp itu yg berlaku dlm tu.
Tetibe aku nk kuarkan balik semua brg2 yg aku tapau tu, bajet da insaf and muke stok nak innocent je. Tgh sibuk2 kuarkan barang, ade satu geng dak laki, mcm dak2 U tu je ngan kad mtrk tergantung kt leher masing2.
"Weh, ko kan yg skor pointer teruk tu? Around 2.15...hahahaha. Ko slack kat ner eh? BI an?"
gelak demi gelak aku terpaksa tahan sambil aku clueless ngan pe yg jd....


Monday, May 4, 2009

advent 9

Aku mase ni dah sampai kat matrik Changlun, Kedah. Aku time tu b0le lak pakai baju T-shirt ngan seluar jeans untuk gerak ke kelas walaupun peraturan dah menyatakan yang pakaian untuk lelaki semasa di kelas adalah kemeja lengan panjang dengan seluar slack. Ke kelas, aku hanya bawa file kertas, tapi aku pun tak tau benda apa yang aku bawa, and yang takleh tahan, pergi ke tutorial tanpa membawa apa2 alat tulis. Blank macam tu je, kirenya aku ni hati kering gak la. Aku pergi ke koperasi untuk beli sebatang pensel, tapi tiada. Hanya pen saja yang terjual.
"Bang, takkan takde pensel kot?"
"Kau nak gak ke? Kau tulis name, nanti aku order(?)"
Pelik, nak beli pensel pun kene order dari pembekal. Kemudian, aku rushing gi kelas. Siyes, sebijik macam bangunan lama ngan cat yg terkopak, pagar pun style lame je, berkarat. Aku naik ke kelas, lebih kurang macam kelas kat SJI pulak sambil dlm hati "alamak, ni ke matrik? nyesal mintak..." :P

Thursday, February 26, 2009

advent 8

Result SPM dah dikeluarkan.
Rase cuak tu takyah la nak digambarkan. Ngeri dibuatnya.
Masa aku sampai kat skola, tetiba ada kanopi kat tarmek(?). Pehal lak ni? Byk bajet skola nak sewa kanopi semata2 untuk bagi result je. Kat sana, aku nampak Afiqah ngan Kembar tgh sembang2 kat dpn meja cikgu.
Result dipampang atas papan iklan(?). Macam tepi jln lak rasenya. Hak3
Afiqah tegur aku, "eh, dak pandai dah dtg, cuba check result kau". Aku pelik, pe maksud dia.
7A termasuk A2.
Aku tergamam, sedey gile aku time tu, sbb aku bajet aku leh dpt 8A, result yg cukup2 makan je untuk apply scholarship untuk Bank Negara. Mase depan aku dah musnah. Aku teriak. Syahdu beb time tu.

Monday, February 23, 2009

advent 7

Masa tu aku tengah bawak kete, dengan ruang yg agak kecil, aku anggap masa tu aku memandu Kenari.
Tak silap aku, time tu aku bawak dua orang penumpang sekali, dan aku pasti aku kenal dua orang tu.
Entah camner, lepas aku hantar diorang berdua balik, tetiba aku berhenti, tinggalkan kete(?) dekat ngan jejantas, walaupun cuaca dah gelap dan hujan lebat.
Dekat hujung jejantas, ada seorang perempuan, berpakaian gaun putih tgh menyandarkan badannya dekat ngan tiang jejantas. Muke dia cam sedih sgt2, seolah hujan tu signifikan kepada perasaan dia.
Aku mendekati dia.
Macam pernah kenal, cuma dia tak pakai tudung jd terserlah rambut dia yg pendek tu.
Dah le aku admire dia dlm dunia realiti, tetiba nafsu aku high and rase cam nak hug and kiss dia, tapi iman aku tegah aku berbuat demikian. Aku istighfar jap, pastu teruskan je cakap dengan dia cam biasa.
Tak lame, tetiba dia lari dari aku, sambil cakap, "dah lambat ni".
Aku keliru sambil ikut dia tapi dia terjatuh kat tmpt yg mengingatkan aku kat taman skodeng tuh. Huk3
Sambil mendekati dia dan menghulurkan tangan kepada dia seraya bertanya, "kenapa lari? kan dah jatuh..".
Terus aku tersedar :)

Thursday, February 19, 2009

advent 6

Kali ni aku berada dalam kelas, tapi kali ni bukan di 5 Bestari. Seolah2, aku berada di kelas semasa mengambil peperiksaan SPM. Cuaca agak cerah, sampai takyah nak bukak lampu, kelas tu dah terang benderang, jd aku assume masa tu tgh hari.
Yg peliknya, sepatutnya cikgu2 dari skolah lain yg jd pengawas peperiksaan, tapi kali ni security guard(?) lak yg take over tugas tu. Dah le garang thp dewa, pape je termasuklah nak terangkan arahan kat kertas pun nak jerit2 bagai nak pecah tekak tu. Hak3
Lagi bertambah pelik, Shafiq duduk sblh aku walhal dia tu amik aliran Science Techno. Mcm2 bende dia tanya aku padahal tgh exam dan abg security guard tu lak tak tegur langsung walaupun kitorang ckp2 depan dia(?).
Dlm masa yg same, exam tulah yg meng-stresskan aku, sbb sekali exam kene jwb 4 paper:

  • BI paper 1 ngan 2
  • Mod Maths paper 1 ngan 2
Semua tu kene habiskan dlm masa 1 jam setengah je!
Masa tgh jwb paper, tetiba brader tu dtg kat sape entah sambil tanya, "weh, kau ade masalah disiplin kan?". Classmate aku tak smpt ckp pape pun, pastu kene tarik kuar kelas. Aku terdiam sambil buat je exam. Tapi time paper BI, aku takde idea nak wat essay, walhal masa tinggal 2~3 minit je nak abes.
Brader tu masuk balik, ngan harapan nak kutip kertas balik, tapi muke2 dia lebam2, maybe bergelut ngan classmate aku td kot(?).
Aku dah cuak giler, sampai takleh nak tulis pape pun. Semua kertas aku tinggal blank sbb tak smpt nak jwb. Ngeri3

Friday, February 13, 2009

advent 5

Ramai org kat situ, biasala kenduri. Dgn pelamin yg dihias cantik kat dpn, aku anggap aku skrang kat kenduri kahwin. Sape yg kahwin pun aku tak tau(?). Tgh sembang2 ngan guest yg laen, kedengaran kompang dipalu bertalu. Aku mengintai dari celah khalayak ramai, siap tertanya2 barang sape pengantin yg bertuah tu. ^_^

Dr jauh aku dah dpt nampak pasangan berkenaan mengenakan baju warna purple, mengerlip.
Padan laki tu ngan pompuan tu. Aku tersengih, sbb mate aku rabun time tu.
Derapan tapak kaki diorang makin kuat~
Semakin mendekati aku yg berade kat meja makan, betul2 ngan laluan pengantin tu untuk ke meja VIP.
Bila diorang lalu je dpn aku, baru aku terperasan.
"Eh, ******"

Dia tak perasan, mungkin sbb dia nervous. Mana taknyer, nak naek pelamin. Aku pun cuak beb. Hak3
Aku pulak macam kelam kabut semacam, "Mana kamera ni? Nak tgkp gambar ni!"(?).
Aku hepi untuk dia, sbb kawan aku yg sorang ni dah jumpe someone yg leh jage die. Dlm mase yg sama, aku frust menonggeng gak le, sbb kenapa bukan aku? )=
Aku tersedar. Kenapa kali ni mimpi jiwang lak ni? Huk3

Thursday, February 12, 2009

advent 4

Time ni aku dah dpt lesen P, sambil tu aku bawa kete Kancil(?). Penumpang aku adalah Syed, Adilah, ngan Nadia. Aku perasan yg aku sdg antar diorang gi YPC, sbb masa tu aku terdengar Syed kata "nampaknya YPC ni dkt ngan area utara..(?)". Pelik siut, Cheras bukan kat area selatan ke?

Pastu, aku berenti jap kat tmpt lebey kurang cam RNR gak, tetiba Nadia duduk dpn ngan Adilah duduk kat driver seat. Aku tanya, "Dilah, sejak bile kau tau bawak kete ni weh?". Dia diam, pastu senyum.
Gear ditukar ke reverse, cluth diangkat serentak ngan tekanan pedal minyak yg dalam. Kete aku dgn laju meluncur ke belakang. Aku dah cuak, takut dia langgar mana2 kete kat belakang.
Pastu terus masuk highway, tapi Adilah ni suka pandang Nadia bile tgh memandu. Ada satu excident terjadi. Kete terlanggar divider sampai masuk jln lain(?) sbb dia leka ckp ngan Nadia lama2. Aku marah2, "weh, Dilah! Camner kau bawak ni weh? Tgk jln mane kau dah masuk!". Dia diam, touching ngan aku.
Aku pun diam, biarkan dia bawak je. Aku pun heran naper aku tak suruh dia duk belakang je dan biarkan aku lak yg memandu. Lagi skali dia ckp ngan Nadia sambil muke menghadap Nadia sampai la dia tak kawal stereng. Dlm kelajuan 60km/h, kete merempuh tembok. Bonet kete remuk teruk dan yg peliknye, cermin tak pecah, dan dua org yg duk kat seat dpn tak cedera langsung walaupun diorang berdua tak pakai seat belt.
Sampai situ, aku tersedar sbb aku set alarm kat phone. Hak3

Monday, February 9, 2009

advent 3

Tetiba aku berade di Japan, masa tu kat dlm bilik hotel, and yg peliknyer Nizam ade skali ngan aku. Since bile dia minat gi Japan? Ada ada ditemani 2~3 roommate, jd aku assume aku ikut pakej perlancongan.

Kul baper, tapi time tu agak mendung, agaknye sbb masa tu musim salji, dan aku perasan semua pakai baju tebal2, termasuk roommate aku sorang ni. Muke cam lebey kurang Helmi 5 Gigih je.
A: Weh, nak gi mana pasni?
H: Balik hotel je la
A: Kau biar betul? Kita dtg jauh2 ni bukan nak lepak dlm bilik je. Camtu ikut aku gi kedai jap, nak beli cawan
H: Nak wat pe ngan cawan?
A: Masak megi la(?)
Kitorang sampai gak kat kedai, lebey kurang cam 7E kat Malaysia je. Hak3
Aku terperasan ada cawan plastik dipaket dan digantung kat bhgn hujun kedai. Cantik packaging dia. Smart.
A:Weh, bapak mahal, cawan je dah berpuluh2 ringgit
H:Byk la kau, tu harga dlm Yen la
A:Aiseh, baper ringgit tu? Aku tak bawak duit Yen ni. Kau tanya cashier, dia terima duit RM tak?
Dia tanya, tapi cashier tu nak gak duit Yen. Aku rase pelik, kalo nak melancong, spttnya dah prepare convert duit aku kat money changer. Ni tak. Siut je. :P
Dah kuar, baru aku notice, yg kitorang dah masuk shopping mall, cantik seh tmpt dia, nak kate cam Pavi gak la. Pastu, tgh jln2 aku ternampak butik yg jual snow cap, skali lagi aku geram tgk2 bende yg kat display tu. Dah lame aku nak beli snow cap. Sblm smpt aku masuk ke butik tu, tetiba Nizam yg dtg dr mana, ragut kamera aku and dia macam nak guide aku gi tmpt mana entah. Aku pun tak ingat. XD

Saturday, February 7, 2009

advent 2

Akhirnya aku dpt gak mimpi, dah lame sekian lama menunggu. Huk3
Masa tu aku tgh bukak myspace. Sblm tu aku wat pe aku pun tak tau, sbb kabur je time tu.
Entah camner, aku tergerak nak bukak acc lama aku balik. Macam ade org pinta, "bukak cpt, ada something ni". Mmg betul, ada mesej dlm inbox. Dihantar oleh someone yg aku dah putus harapan nak tanya khabar pun. Hak3
"Fareez, pe khabar?", lebih kurang camtu la ayat dia.
Aku reply, tetiba leh lak rasa excited semacam. "Aku ok je, kau la yg tak contact aku pehal?"
Message send~
Sejurus aku hantar je, terus aku tersedar, sbb aku kene gi tmpt laen lak pasni. O_O

Wednesday, February 4, 2009

advent 1

Masa tu aku kat SMKBTS, berlatarkan masa aku form 1, sbb aku igt lagi camner kelas 1 Alpha dulu. Pastu, aku ngan Kamal nak gi mana entah, tapi sepanjang perjalanan nak ke tangga hujung, semua yg nampak kitorang sedey2 je, macam kitorang nak pergi tinggalkan diorang. Aku layan je la, tapi karakter aku lain sikit, macam cheerful and tak serius abes, macam aku betul2 jadi watak form 1 aku balik. -[bagi sesape yg kenal aku time form 1, fhm2 je la]-, tapi kat tangga hujung tu aku nampak Pn Ros, cikgu Bio aku taun lepas. Aku leh lak kata kat dia "cikgu, saya akan jumpe cikgu 9 thn akan dtg.."(?). Aku pun blur naper aku cakap camtu, macam aku dah tau2 pasal future lak.

Entah camner kitorang leh lak jumpe Roy ngan Fahmi. Aku ikut je diorang gi toilet, tapi masa tu kitorang gi toilet yg pelik, tapi aku dgr Roy cakap :
R: ..ni tandas guru..
A: ..eh bersihlah, tak macam tahun tu..(?)
R: ...dulu, dak2 takleh dtg toilet ni pun...(?)
Pastu toilet tu, besar habis, sebesar dewan. Pastu kitorang pijak lantai and bende tu kotor. Jd, aku pun tadah air dr paip berdekatan and simbah sbb aku cuak gak, kalo kene tgkp masuk tandas guru tuh. Tetiba Fahmi join aku dan semua lak maen air. Habis basah semua masa tu.
Setakat tu je aku igt, sbb adik aku dah kejut aku bgn, sbb dah kul 10 lebey. Hak3

the adventures begin

Aku suka tido lewat, jd bgn pun lewat la. Hak3. Ni le hobi aku time pas SPM lebey2 lagi digelar 'penanam anggur' yg agak berjaya. Amin~
Bile dah tido, kadang2 aku akan mimpi. Weh, aku pun manusia normal gak keh. Jgn nak buat citer aku spesies lain lak. Ada gak yg nak kene rider kick pas nih. Huk3. Joking~
Bile dah celik, takde pe yg aku buat melainkan on9. Huk3. Aku dah takde keje lain, walaupun pelusuk KL aku jelajah mencari keje sampai dah muak nak mencari. Buang masa dan duit byr tambang je. Bulan 3 je dah masuk PLKN, maka tersadai la aku kat dlm kem sampai aku diseru matrik dan sekufu dengannya. :P
Pasal pe aku tulis balik blog?
Herm, naper eh?
Entah lor, sbb kebosanan thp melampau kot time2 tgh on9. Hak3
Semua bende aku dah lyn, dari game sampai la vids kat Utube tu.
Pape pun, let the adventures begin. Hayakku ^_^