BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 16, 2010

advent 14



kali ni aku kene pandu kereta memandangkan aku masih lagi tak dpt lesen P gara2 gagal nak buat ujian JPJ oleh kerana masalah tertentu, jadi aku berani mati mencuba memandu kereta siapa entah jua, yg pasti berwarna hitam. tapi sayang, transmission kereta berkenaan adalah manual sehinggakan aku menekan pedal sepuas hati, ala2 inital d gitu :D
tapi time aku drive, seolah2 aku mcm tak reti sgt nak kawal kete tu, tp nsb baek la time tu kt highway, kebetulan takde kete lgsg, dan malangnya aku masuk lane lawan arus, sampai la terlajak masuk denai. aku tak igt camner, sama ada aku luke ke tak, tp aku tr0s lari masuk ke hutan sampai ke sebuah kampung, dkt dengan sungai.
pelik, dlm hutan pn ade kmpng, ramai pulak tu populasi dia, tp dari awal aku masuk kampung, jumpe pompuan je, lawa2 lak tu..hak3
tp mase tu aku cam tak pndang semua tu, yang penting jln keluar. larian diter0skan sampai la aku jumpe satu lelaki ni, lagak gaya macam 40-an, dan aku menanyakan soalan yg sama.
simple je die jawab, "tr0s jalan sampai ke hujung tmpt ni, nnt nampak la jalan keluar, highway pegi klang(?)"
aku petah, "tp pakcik, sy da round satu kampung, takde pun jalan kuar"
pakcik tu reply dgn rileks je reply "yg bg jln kuar tu Allah..."
aku tergamam lalu tr0s brlari dan alhamdulillah aku jumpe jalan kuar tu dkt ngan roadblok polis kt tepi jln kampung(?)..

Tuesday, October 27, 2009

advent 12

Ngauman merentasi kesunyian malam sehingga memaksa aku untuk bangkit dari lena.
"pe yg bising2 ni?" rungut aku sambil menguap kemengantukan. Aku menuju ke tgkp (tp aku pelik, tgkp umah aku besar gile, macam umah org kaye lak) sambil melihat pemandangan (bandar maju gile, ala2 tokyo dan aku tau sama ada kl da maju camni). Depan aku, terdapat dua raksasa sedang mengamuk dan menhancurkan bandar.
"Ya Allah, pe makhluk ni?" aku terjerit.
Aku segera berlari menuju ke bawah, merencana sesuatu.
Mereka semakin galak memusnahkan apa yg ada. Tiba2, dinding rumah aku dipecahkan akibat dibaling sesuatu oleh makhluk berkenaan. Tiba2 aku teringat, adakah ini penghujung dunia di mana Yakjuj dan Makjuj muncul untuk melakukan kerosakan di muka bumi ini? Subhanallah..

Sunday, August 23, 2009

advent 10

Aku kat umah nenek aku kat Alor Star. Time tu malam, dlm lepas kul 10.30 pm, dan kebetulan umah tu meriah sgt2, mcm takde bende yg berlaku dan yg pelik skali, abah, pak njang, pak tih pun ade skali kat umah tu. Kelihatan kat luar umah, ade mcm2 jenis motor. Ala2 TZM pun ade gak tuh. Tetibe pak njang aku gitau aku, "hah, kalo nak bawak moto, amek kunci, gi la mana2 pun". Aku dah hepi melangit, dengan kat tag kunci tu ade logo SUZUKI. Aku dah suke, "pak njang nak bg aku gune Belang 150 ke ni?"
Last2, tak pun and yg pelik tahap metalcore tu, motor die pelik gile sampai bole ditakrifkan bukan jenis kelas B. Hak3
Care nak start, kene pulas enjin ngan rod, mcm nk start kete lame tuh, pastu kene sampai bacaan rotation sampai 3000. Kire mmg penat r nak stat moto tu. Pastu, da idop moto tu, bukan aku yg naek tp pak njang ngan pak tih aku.
Aku yg frust lari kejar di0rang tp ntha cmner aku ley lak ikut lorong mane di mana kat situ penuh ngan dak2 girls pakai baju putih sambil pegang lilin. "kat mana ni?" aku bertanya pada diri sendiri. Diorang seolah2 celebrating sesuatu, seperti ritual. Aku teruskan berlari. Jauh gile lorong tu ngan penuh ngan dak2 pompuan. Ase cam aku sorang je lelaki kat situ. Lari punye lari akhirnya lepas gak, and sampai lak kat satu tmpt. Cantik, sejuk. Itu yg aku gmbrkan.
Latar tmpt da mcm UIA sbb seni bine die cam islamic skit. Aku tgk byk brg2 yg display kt situ and aku lak gtl2 tgn gi amek and masuk dlm beg. Sampai kat ujung koridor tu, ade due exit, satu ke kaunter byrn selaku jln kuar ke tmpt laen and satu lg menuju ke Klinik Matematik(?). Pelik tp itu yg berlaku dlm tu.
Tetibe aku nk kuarkan balik semua brg2 yg aku tapau tu, bajet da insaf and muke stok nak innocent je. Tgh sibuk2 kuarkan barang, ade satu geng dak laki, mcm dak2 U tu je ngan kad mtrk tergantung kt leher masing2.
"Weh, ko kan yg skor pointer teruk tu? Around 2.15...hahahaha. Ko slack kat ner eh? BI an?"
gelak demi gelak aku terpaksa tahan sambil aku clueless ngan pe yg jd....


Monday, May 4, 2009

advent 9

Aku mase ni dah sampai kat matrik Changlun, Kedah. Aku time tu b0le lak pakai baju T-shirt ngan seluar jeans untuk gerak ke kelas walaupun peraturan dah menyatakan yang pakaian untuk lelaki semasa di kelas adalah kemeja lengan panjang dengan seluar slack. Ke kelas, aku hanya bawa file kertas, tapi aku pun tak tau benda apa yang aku bawa, and yang takleh tahan, pergi ke tutorial tanpa membawa apa2 alat tulis. Blank macam tu je, kirenya aku ni hati kering gak la. Aku pergi ke koperasi untuk beli sebatang pensel, tapi tiada. Hanya pen saja yang terjual.
"Bang, takkan takde pensel kot?"
"Kau nak gak ke? Kau tulis name, nanti aku order(?)"
Pelik, nak beli pensel pun kene order dari pembekal. Kemudian, aku rushing gi kelas. Siyes, sebijik macam bangunan lama ngan cat yg terkopak, pagar pun style lame je, berkarat. Aku naik ke kelas, lebih kurang macam kelas kat SJI pulak sambil dlm hati "alamak, ni ke matrik? nyesal mintak..." :P

Thursday, February 26, 2009

advent 8

Result SPM dah dikeluarkan.
Rase cuak tu takyah la nak digambarkan. Ngeri dibuatnya.
Masa aku sampai kat skola, tetiba ada kanopi kat tarmek(?). Pehal lak ni? Byk bajet skola nak sewa kanopi semata2 untuk bagi result je. Kat sana, aku nampak Afiqah ngan Kembar tgh sembang2 kat dpn meja cikgu.
Result dipampang atas papan iklan(?). Macam tepi jln lak rasenya. Hak3
Afiqah tegur aku, "eh, dak pandai dah dtg, cuba check result kau". Aku pelik, pe maksud dia.
7A termasuk A2.
Aku tergamam, sedey gile aku time tu, sbb aku bajet aku leh dpt 8A, result yg cukup2 makan je untuk apply scholarship untuk Bank Negara. Mase depan aku dah musnah. Aku teriak. Syahdu beb time tu.

Monday, February 23, 2009

advent 7

Masa tu aku tengah bawak kete, dengan ruang yg agak kecil, aku anggap masa tu aku memandu Kenari.
Tak silap aku, time tu aku bawak dua orang penumpang sekali, dan aku pasti aku kenal dua orang tu.
Entah camner, lepas aku hantar diorang berdua balik, tetiba aku berhenti, tinggalkan kete(?) dekat ngan jejantas, walaupun cuaca dah gelap dan hujan lebat.
Dekat hujung jejantas, ada seorang perempuan, berpakaian gaun putih tgh menyandarkan badannya dekat ngan tiang jejantas. Muke dia cam sedih sgt2, seolah hujan tu signifikan kepada perasaan dia.
Aku mendekati dia.
Macam pernah kenal, cuma dia tak pakai tudung jd terserlah rambut dia yg pendek tu.
Dah le aku admire dia dlm dunia realiti, tetiba nafsu aku high and rase cam nak hug and kiss dia, tapi iman aku tegah aku berbuat demikian. Aku istighfar jap, pastu teruskan je cakap dengan dia cam biasa.
Tak lame, tetiba dia lari dari aku, sambil cakap, "dah lambat ni".
Aku keliru sambil ikut dia tapi dia terjatuh kat tmpt yg mengingatkan aku kat taman skodeng tuh. Huk3
Sambil mendekati dia dan menghulurkan tangan kepada dia seraya bertanya, "kenapa lari? kan dah jatuh..".
Terus aku tersedar :)

Thursday, February 19, 2009

advent 6

Kali ni aku berada dalam kelas, tapi kali ni bukan di 5 Bestari. Seolah2, aku berada di kelas semasa mengambil peperiksaan SPM. Cuaca agak cerah, sampai takyah nak bukak lampu, kelas tu dah terang benderang, jd aku assume masa tu tgh hari.
Yg peliknya, sepatutnya cikgu2 dari skolah lain yg jd pengawas peperiksaan, tapi kali ni security guard(?) lak yg take over tugas tu. Dah le garang thp dewa, pape je termasuklah nak terangkan arahan kat kertas pun nak jerit2 bagai nak pecah tekak tu. Hak3
Lagi bertambah pelik, Shafiq duduk sblh aku walhal dia tu amik aliran Science Techno. Mcm2 bende dia tanya aku padahal tgh exam dan abg security guard tu lak tak tegur langsung walaupun kitorang ckp2 depan dia(?).
Dlm masa yg same, exam tulah yg meng-stresskan aku, sbb sekali exam kene jwb 4 paper:

  • BI paper 1 ngan 2
  • Mod Maths paper 1 ngan 2
Semua tu kene habiskan dlm masa 1 jam setengah je!
Masa tgh jwb paper, tetiba brader tu dtg kat sape entah sambil tanya, "weh, kau ade masalah disiplin kan?". Classmate aku tak smpt ckp pape pun, pastu kene tarik kuar kelas. Aku terdiam sambil buat je exam. Tapi time paper BI, aku takde idea nak wat essay, walhal masa tinggal 2~3 minit je nak abes.
Brader tu masuk balik, ngan harapan nak kutip kertas balik, tapi muke2 dia lebam2, maybe bergelut ngan classmate aku td kot(?).
Aku dah cuak giler, sampai takleh nak tulis pape pun. Semua kertas aku tinggal blank sbb tak smpt nak jwb. Ngeri3